HIBURAN:)

Friday 20 May 2011

bila masa-masa yang selalu masyarakat menghabiskan wang mereka?

semua orang akan bosan apabila kita bincangkan trentang MEMBAZIR..tetapi itulah yang sering masyarakat lakukan.nak tahu bila waktu-waktu yang selalu maysrakat habiskan duit mereka?

WAKTU-WAKTU LAZIM BAGI MASYARAKAT YANG SUKA MEMBAZIR:

1)sewaktu perayaan:
 -kamu semua perasan tak?bila musim perayaan sahaja,tempat membeli-belah mesti dipenuhi orang ramai.biasa lah.nak sambut perayaan.mesti lah semuanya nak yang baru.yang ibu-ibunya,sibok memikirkan tentang hiasan rumah..contohnya sofa,langsir.tak pun,mereka memikirkan tentang kuih raya.setiap rumah,tak sah kalau kuih raye mereka  lebih dari 5 jenis.kan membazir tu.raya ala kadar pun tak salah kn?kalau anak-anaknya pula,sibuk memikirkan baju raya baru.bapa mereka pula tercengang mengira duit untuk dihabiskan.

2)sewaktu persekolahan dibuka
-anak-anak pasti ingin ke sekolah dengan pakaian baru.semuanya nak baru.kalau tak baru,tak de semangat la nak pegi sekolah.kan?jadi,ibu bapa pun dengan penuh kasih sayang mereka terhadap anak-anak mereka,terpaksa lah menghabiskan duit.tu baru beli pakaian sekolah.belum lagi kira duit belanja yang akan diberikan kepada anak-anak mereka.kalau duit belanja pula,tak cukup kalau bagi seringgit sahaja.paling kurang pun 3ringgit.kan?

3)sewaktu bulan ramadhan
-kalau waktu berbuka sahaja,bazar ramadhan pasti dipenuhi orang ramai.isteri di rumah sudah menyediakan makanan.si suami pula membeli makanan di bazar sampai 5 jenis makanan.masyaallah.kan dah membazir tu.

4)sewaktu jualan murah
-selalunya,setiap pasaraya akan mengadakan jualan murah.sudah pasti la kaum hawa akan menyerbu pasaraya tersebut.almaklum la.susah nak dapatkan barang yang berjenama dengan harga yang murah.masa itu jelah yang dinanti-nantikan mereka.
KESIMPULANNYA,berjimat-jimat lah pada waktu-waktu tersebut.kalau dah membazir pada waktu-waktu begini,waktu kecemasan macam mana?jadi,beringat-ingat lah sebelum berbelanja.:)

Saturday 16 April 2011

Perancangan Peribadi

Perancangan Kewangan Peribadi atau Personal Finance adalah suatu ilmu yang bernilai dan terpenting dalam kehidupan seharian.
Apabila disebut Personal Finance tentu ramai yang masih janggal dan tidak pernah dengar bukan? Tapi kalau Personal Loan, saya sedia maklum ramai yang biasa dengannya..
 Bila disebut perancangan kewangan peribadi ianya bukan setakat membuat simpanan dan buat belanjawan(bajet) bulanan, bahkan ianya lebih daripada itu!
Antara komponen asas perancangan dan pengurusan kewangan peribadi adalah melibatkan aspek berikut:-
  1. Perancangan dan Pengurusan Wang (CashFlow)
  2. Perancangan dan Pengurusan Risiko & Insuran/Takaful
  3. Perancangan dan Pengurusan Pelaburan
  4. Perancangan dan Pengurusan Percukaian
  5. Perancangan dan Pengurusan Wasiat/Harta Pusaka
  6. Perancangan dan Pengurusan Persaraan
Apa yang penting dan harus anda fahami dan ingati selalu, pengurusan kewangan perbadi bukannya setakat dilakukan sebulan sekali bahkan ianya adalah satu perkara yang perlu anda lakukan secara SEPENUH MASA!
Ya, SEPENUH MASA! Tiada PART TIME macam buat kerja atau pun bisnes!
Ini kerana jika anda beranggapan ianya sebagai satu kerja part time, anda tidak akan bersungguh-sungguh untuk melakukannya dan apa yang pasti hasilnya pun tidak seberapa…
Kebanyakan daripada masyarakat kita hari ini gagal dalam pengurusan dan perancangan kewangan adalah kerana mereka tidak memberikan perhatian dan tumpuan yang serius kepada perkara ini!
Ingat untuk berjaya dan menjadi Kaya, anda perlu merancang dan menguruskan kewangan dengan baik tidak kira anda berpendapatan kecil mahu pun besar.
Ini kerana punca utama masalah kewangan bukanlah berpunca daripada berapa banyak yang anda dapat, tetap bagaimana tabiat pengurusan kewangan anda….terutamanya melibatkan perbelanjaan anda!
Saranan saya jika anda ingin hidup tenang dan bahagia sepanjang masa, rancanglah dan uruskan kewangan anda dengan teratur berdasarkan kemampuan dan matlamat hidup anda.
Harus diingat tiada perancangan yang khusus serta sesuai untuk setiap individu, ianya semua bergantung kepada diri anda sendiri untuk merancang kewangan anda berdasarkan 6 komponen yang disebutkan seperti di atas!
Tetapi harus diingat anda tidak boleh melakukannya secara sendirian, dapatkan nasihat daripada proffesional yang berkelayakan..

Friday 15 April 2011

VIDEO DUIT


*nie bkan promote raya ok.video nie de tentang DUIT:)

Saturday 2 April 2011

Tip pengguna bijak

 


  • Tabiat Pengguna Wanita:
    • Pancaindera dipengaruhi.
    • Gemar kemudahan/keselesaan.
    • Yakin yang mahal bermutu tinggi.
    • Mudah dipedaya dengan muslihat.
    • Suka dibimbing buat keputusan.
    • Suka gaya hidup "mewah".
    • Suka memiliki barang berlainan.
    • Ikuti pembelian atas taraf.
    • Sukar tolak tawaran istimewa.
    • Baik dalam membuat perbandingan.
  • Tabiat Pengguna Lelaki:
    • Dipengaruhi rakan / imej.
    • Elak jualan besar/murah/sesak.
    • Cenderung beli di tempat sama.
    • Cepat, tidak suka cerewet.
    • Kurang tawar menawar.
    • Rasa pedaya - tukar kedai.
    • Cepat mengesan muslihat.
    • Tidak suka digesa membeli.

Pengguna Bijak:
  • Membeli barangan berkualiti.
  • Membuat perbandingan harga.
  • Memilih perkhidmatan terbaik.
  • Membuat pilihan yang tepat.

Bijak Berbelanja:
  • Buat senarai sebelum berbelanja.
  • Bandingkan harga barang sebelum membeli.
  • Membeli setelah tawar-menawar.
  • Beli bahan tidak mudah rosak secara pukal.
  • Beli barangan perlu, bukan mengikut nafsu.
  • Amalkan sikap berjimat-cermat.
  • Tindakan Bijak
  • Bijak Pakai:
    • Jangan terlalu terpengaruh dengan fesyen terkini.
    • Jangan hanya membeli pakaian berjenama.
    • Kitar semula pakaian lama.
    • Guna kain lampin dan bukan lampin pakai buang.

    Tindakan Bijak
  • Bijak Makan:
    • Tanam sayur-sayuran dan buah-buahan.
    • Makan buah-buahan tempatan.
    • Makan buah-buahan pada musimnya.
    • Hentikan tabiat merokok.
    • Sediakan bekalan untuk ke sekolah/ pejabat.
    • Jimatkan makanan berlebihan daripada membuangnya.
    • Kurangkan makan di luar, masak sendiri di rumah.
  • Bijak Guna Tenaga:
    • Tutup lampu, kipas dan pendingin udara apabila tidak digunakan.
    • Jangan biarkan peti sejuk terlalu dingin.
    • Perbaiki kebocoran paip.
    • Amalkan kitar semula.
    • Kumpul air hujan untuk kegunaan harian.
  • Bijak Atur Perjalanan:
    • Selaraskan enjin dengan betul.
    • Pastikan tekanan tayar sesuai.
    • Memandu pada kelajuan konsisten.
    • Berjalan bagi jarak perjalan yang dekat.
    • Gunakan pengangkutan awam.
  • Bijak berhibur/ bercuti:
    • Melayan rakan-rakan di rumah.
    • Pilih kaedah pengangkutan paling murah.
    • Bercuti di luar musim puncak.
    • Bercuti di dalam negara.

Bila masa perlu membuat simpanan

Membuat simpanan adalah sebaik sahaja anda telah mempunyai pekerjaan.Jangan tangguh-tangguh lagi.Apa yg berlaku pada sekarang ramai daripada kalangan graduan yg baru bekerja menghabiskan duit pada membeli kereta yg mahal.Adalah baik semasa usia muda ini anda membuat simpanan.Kerana bila anda telah bekeluarga tanggungan semakin bertambah dan perbelanjaan untuk pun bertambah.

Sekiranya anda sudah biasa dengan hidup yg mewah anda akan menghadapi sukar apabila menghadapi kesempitan wang.Dan apabila bertangguh-tangguh akhirnya anda kerugian masa dan juga kompaun wang anda sekira anda tidak menyimpan.


Hiduplah secara bersederhana mengikut kemampuan.Jangan ikut gaya hidup org lain yg hidup bermewah-mewah dan akhir sekali tidak mampu untuk mengekalkan kemewahan yg ada.


Asas
simpanan yg perlu dibuat setiap bulan adalah 10% dari gaji kasar.Ini bermakna sekiranya gaji anda adalah RM3,000 anda perlu menyimpan RM300 sebulan.

Friday 1 April 2011

hati-hati membuat pinjaman peribadi bank

Pinjaman peribadi boleh dibuat dengan pelbagai alasan. Tambahan pula sekarang ini proses permohonan personal loan menjadi sangat mudah terutamanya pinjaman peribadi kepada kakitangan awam. Bank seperti Bank Rakyat, CIMB, Ambank dan BSN merupakan bank yang terkenal dengan pinjaman peribadinya. Hari ini proses kelulusan atau penolakan permohonan dapat diketahui dengan segera atau paling lewat dalam beberapa hari sahaja. Jika anda tidak pernah membuat loan sebelum ini dan bergaji RM 1000.00 keatas,permohonan anda dijamin lulus. Rata-rata bank diatas tidak  memerlukan penjamin kerana mengkehendaki pemohon membeli insurans. Hal ini tidak terjadi kepada peminjam yang bekerja di sektor swasta.Biasanya untuk memohon pinjaman peribadi, pemohon perlu menganggotai koperasi bank tersebut untuk menikmati kadar faedah yang lebih rendah.Yuran koperasi akan dipotong secara automatik setiap bulan. Kalau dahulu Bank Rakyat contohnnya mewajibkan pemohon membeli saham mereka. Kini syarat tersebut tidak diguna lagi. Jelasnya hari ini lebih mudah untuk mendapatkan pinjaman peribadi daripada pinjaman pembelian rumah atau pinjaman perniagaan. Kenapa hal ini terjadi?

Pilihan untuk membuat pinjaman peribadi perlu dilakukan hanya selepas meneliti pilihan lain. Alasan paling popular seseorang membuat pinjaman adalah untuk mengkonsolidasikan hutang lain. Perkara ini dilakukan terutamanya bagi mereka yang membuat personal loan di pelbagai bank. Jika anda mengambil pinjaman peribadi cimb untuk alasan ini, adalah penting untuk lunaskan semua hutang lain. Bayar semua hutang piutang yang ada termasuk kad kredit,baki bulanan kereta dan motosikal, pinjaman Court, pinjaman along (jika ada) dan lain-lain. Jika anda tidak lakukan ini anda akan mendapati diri anda masih terbelenggu dengan banyak lagi
bayaran bulanan dan bayaran pinjaman peribadi. Pinjaman peribadi adalah cara yang baik untuk membeli kenderaan yang second hand yang lebih murah. Jika anda memilih untuk membeli kenderaan terpakai adalah lebih baik membeli dengan tunai. Ini kerana  sesetengah bank mengenakan caj bunga yang mahal untuk kenderaan lama. Pembelian secara tunai dari wang personal loan amat menjimatkan.

Pendidikan adalah sangat penting. Kadangkala sesetengah individu tidak memenuhi syarat untuk mendapat bantuan kewangan.Walaupun sekarang ini terdapat kemudahan pinjaman PTPTN dan JPA namun tidak semua orang hendak bergantung kepada pinjaman itu. Sesetengah ibubapa rela mengambil personal loan sendiri untuk membiayai anak-anak yang belajar terutama di kolej-kolej swasta yang menyediakan pendidikan yang lebih bermutu.Tambahan pula sekarang ini PTPTN akan mengambil tindakan memotong gaji terus dari peminjam mulai Jun 2011. Jadi tiada lagi sesiapa boleh lari dari membayar setelah mereka bekerja. Maka menggunakan pinjaman peribadi untuk membayar kos pengajian adalah idea bagus.

Bil perubatan dan pembedahan kecemasan boleh memberi beban sangat berat dan boleh menjejas pendapatan bulanan anda. Walaupun anda mempunyai insurans kesihatan, silap haribulan kos perubatan terutama penyakit kritikal tidak mampu ditanggung oleh insurans. Tambahan pula rata-ratanya golongan pekerja biasa hanya mengambil jumlah insurans yang  kecil. Maka pinjaman peribadi bank dapat membantu di saat seperti ini dengan ansuran bulanan yang lebih kecil. Ada juga individu menggunakan bsn pinjaman peribadi untuk membayar wang muka rumah kerana mereka tidak mempunyai simpanan yang mencukupi untuk itu. Maka pinjaman peribadi boleh membantu orang ramai memiliki rumah dan juga membuat renovation. Kebanyakan harga rumah di bandar-bandar besar hari ini adalah mahal dan sentiasa meningkat. Kebiasaannya 10% pendahuluan diperlukan dan juga termasuk duit lawyer. Kebanyakan orang tiada saving yang mencukupi untuk membayar semua itu dan perlu membuat pinjaman peribadi. Pinjaman peribadi islam mungkin satu-satunya cara bagi menanggung kos perkahwinan. Sekarang ini bukan luar biasa lagi jika berkahwin dengan menggunakan duit loan- duit loan dari Bank Rakyat.Dari rakyat untuk rakyat katakan! Sebenarnya kita perlu merancang perkahwinan dan tidak berbelanja berlebihan untuk berkahwin. Tetapi sesetengah orang mempunyai selera berlainan dan ingin membuat Wedding Of The Year.  Pastikan jumlah dipinjam tidak terlalu besar dan mampu membayar bayaran bulanan kerana kita semestinya tidak mahu memulakan perkahwinan dengan stress kewangan.

Kebanyakan dari kita bekerja begitu keras dan kita jarang dapat mengambil cuti panjang. Personal loan bank boleh membantu merealisasikan impian percutian ke Bali atau ke Thailand. Kebanyakan orang sering memasang impian untuk bercuti ke destinasi seperti itu tetapi mereka tidak dapat mencapainya. Jadi dengan duit loan Bank Rakyat dapatlah kita merasa percutian ke luar negara. Pinjaman peribadi boleh dibuat dengan pelbagai alasan hingga ada yang muflis gara-gara berhutang tanpa memikirkan kesan buruknya. Membuat pinjaman peribadi ada kebaikan dan keburukannya. Saya rasa terdapat lebih banyak alasan yang belum saya sebutkan. Ada yang menggunakan personal loan bank tanpa tujuan tertentu dan suka-suka kerana menurut rakan-rakan.Wang habis begitu sahaja tanpa mendapat hasil apa-apa sedangkan ansuran bulanan 20 tahun menunggu masih belum start dibayar. Kuncinya adalah bertanggungjawab secara kewangan dan pastikan anda secara realistik dan boleh membayar kembali pinjaman peribadi yang dibuat.

p/s- cara buat pinjaman peribadi sekarang dah mudah- untuk kakitangan awam sahaja. Hanya perlu pergi ke bank pilihan contohnya Bank rakyat dan bawa slip bersama pengesahan majikan. Tapi pastikan anda tiada blacklist. Sekarang ni Bank Rakyat tidak memerlukan penjamin lagi, cuma kena bayar insurans.Tempoh pinjaman juga dipanjangkan sehingga 30 tahun dan amaun up to RM 100,000. Satu lagi MBSB (Malaysian Building) juga offer loan peribadi dan mudah untuk apply. Sedikit hari lagi Koperasi Angkasa akan dijadikan sebuah bank maka senangla kakitangan awam nak buat loan lepas ni. :)

Tip-tip Bagaimana Menjadi Jutawan Daripada Al-Quran

Sekiranya anda “subscribe” ke mymasjid@yahoogroups.com, anda akan menerima emel ini sebagai “welcome email”. Dewasa ini banyak sangat SPAM yang dihantar ke mymasjid@yahoogroups.com. Kebanyakkannya nak mencari kekayaan dengan teknik dari Barat. Padahal Allah dah ceritakan teknik yang sepatutnya di dalam Al-Quran. Copy ini dan sebarkan kepada semua orang.
Tip-tip Bagaimana Menjadi Jutawan Daripada Al-Quran
Tip-tip Bagaimana Menjadi Jutawan Internet Daripada Al-Quran

Mahmud Ibn Labid r.a. pernah berkata, bahawa beliau mendengar Rasulullah bersabda, “Dua perkara yang tidak disenangi oleh anak Adam. Mati, padahal mati itu adalah lebih baik dari dugaan (kesesatan). Harta yang sedikit, padahal harta yang sedikit meringankan hisab. [1]
Namun sekiranya anda ingin juga menjadi seorang jutawan, Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah An-Nuur ayat 37 hingga 38, “(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan solat serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.”
“(Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung.”
Bermaksud, dengan mengingati Allah, mendirikan solat, memberi zakat dan sedekah, takutkan hari kiamat kerana akan diadili, seseorang itu akan mendapat limpah kurnia Allah dan pembalasan yang paling baik. Allah sesungguhnya satu-satunya sumber segala rezeki dan Dia akan menambahkan kurniaNya kepada hamba yang mempunyai ciri-ciri seperti di atas.
Kajilah Al-Quran dengan sebenarnya-benarnya, kerana tips untuk menjadi jutawan banyak terdapat di dalam Al-Quran. Terjemahan Al-Quran bermodalkan RM20 di pasaran. Menurut Abu Said r.a., Allah berfirman di dalam sebuah hadith qudsi, “Sesiapa yang disibukkan oleh Al-Quran daripada berzikir dan meminta kepadaKu, maka Aku akan memberikan kepadanya sesuatu yang lebih utama daripada diberikan kepada orang yang meminta kepadaKu” [2]
Sekiranya anda bukan berniat untuk menjadi jutawan, tetapi sekadar ingin hidup sederhana, beribadat kepada Allah. Serta dalam masa yang sama tidak mahu mempunyai bebanan hutang dan dikurniakan kecukupan dalam semua perkara, amalkan membaca Surah Al-Waqiah setiap malam. Menurut Ibnu Mas’ud, Rasulullah s.a.w telah bersabda, “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah pada setiap malam, ia tidak akan ditimpa kemiskinan selama-lamanya.”[3]
Sekiranya anda sekarang berada di dalam keadaan terdesak, ditimpa kesusahan, memerlukan “fast-cash” untuk sesuatu perkara mustahak, maka ikutlah petua Rasulullah s.a.w. Di dalam sebuah hadith yang diriwayat oleh Huzaifah r.a., apabila Rasulullah s.a.w mengalami kesulitan, beliau akan segera mengerjakan solat.[4] Solat yang dimaksudkan adalah solat sunat. Ini adalah selaras dengan firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 45, “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”.
Di dalam riwayat lain diceritakan oleh Abdullah bin Salam r.a., ketika keluarga Rasulullah menghadapi sebarang kesempitan rezeki, beliau akan memerintahkan mereka mendirikan solat dan membaca ayat 132 surah Taha.[5]Firman Allah di dalam ayat berkenaan, “Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.”
Kebanyakkan yang mengamalkan tip ini mendapat kemurahan rezeki yang luas dan “low profile”. Mereka tidak terburu-buru dan tergesa-gesa dalam mengejar kesenangan. Kebanyakkan mereka akhirnya menjadi komited dalam beribadat atau melakukan aktiviti dakwah. Mereka hanya melakukan sedikit pekerjaan dunia, namun kurnia yang diperolehi melebihi apa yang mereka kerjakan.
Wallahu’alam.
[1] Jami-ul-Saghir (Terjemahan H. Nadjih Ahjad),Imam Suyuthi, PT Bina Ilmu, Jakarta, 2003; Riwayat Ahmad, hadith #166.
[2] Muntakhab Ahadits (terjemahan Muhammad Qasim at Timori), Maulana Muhammad Yussuf Al-Khandalawi, Pustaka Ramadhan, Bandung, Indonesia, 2004; Riwayat Tirmizi, ms327
[3] Jami-ul-Saghir, op. cit.; Riwayat Baihaqi, hadith #8942, menurut Imam Suyuthi berstatus daif.
[4] Muntakhab Ahadits, op. cit.; ms 244
[5] Ibid.